Pemanduan – Mendaki dan menuruni bukit

Ketika melakukan pemanduan dijalan off-road, kadang-kadang kita terpaksa melalui jalan-jalan mendaki atau menuruni bukit terutamanya bekas laluan balak. Memandu di kawasan-kawasan sebegini memerlukan perhatian dan tumpuan yang lebih terutamanya ketika musim hujan kerana jalan akan menjadi licin dan amat merbahaya.  

Pemilihan gear, penggunaan throttle minyak perlu betul dan tepat untuk mendapatkan momentum yang tepat. Momentum kenderaan perlulah sesuai pada ketika dan saatnya dan ianya ditunjukan pada RPM meter kita.

kami kongsikan beberapa tip-tip yang sering kami gunakan ketika menghadapi situasi sebegini :

  • Perhatikan permukaan jalan yang hendak dilalui sama kasar, berbatu-batu atau tidak rata atau bercerun tinggi, sekiranya demikian maka gear yang sesuai digunakan adalah gear 1 dalam mode 4L, pandu dengan momentum yang betul (RPM atas 2000) supaya tidak terlalu laju untuk mengelakkan kenderaan dari melantun, sebaik-baiknya tekanan angin di dalam tayar tidak terlalu tinggi
  • Tetapi sekiranya permukaan jalan licin serta bercerun tinggi, maka gear yang sesuai adalah gear 2 atau 3 dalam mode 4L, pastikan momentum kenderaan 
  • Sekiranya permukaan jalan berlubang-lubang atau ada longkang bekas laluan air ataupun longkang bekas laluan tayar (Rut), maka cara yang selamat ialah memandu dengan tayar memasuki rut dalam gear 1 mode 4L, tetapi pastikan kenderaan kita cukup tinggi agar axle tidak tersangkut pada tanah, kalau tidak kenderaan kita akan tersangkut dan tergantung
  • Jangan memandu dengan kedudukkan ibu jari mencengkam stereng. Stereng kemungkinan berputar laju dan membidas apabila tayar  melanggar batu. Kecederaan boleh berlaku.
  • Hindari tukar gear ketika mendaki.
  • Pandu dengan mengekalkan momentum dan pastikan suhu kenderaan tidak terlalu tinggi (over heating).
Mendaki bukit
Menuruni bukit berpasir

LALUAN MENURUNI CERUN CURAM

Tip Asas :

  • Gunakan mod 4L gear 1 adalah terbaik
  • Biarkan kenderaan menuruni curam dengan ‘engine braking’ pada permukaan licin. Tidak perlu menggunakan brek atau klac.
  • Buka air-cond untuk memberi bebanan lagi kepada enjin supaya kuasa engine braking bertambah
  • Kawalan stereng amat penting ketika menuruni bukit, jangan memegang stereng dengan kejap
  • Jangan menekan brek secara mengejut, gunakan kaedah membrek secara tapping 
  • Sekiranya kenderaan tergelongsor, tekan minyak sedikit secara tapping untuk mengembalikan kenderaan ke posisi asal.
  • Sekiranya cerun terlalu curam minta bantuan kenderaan di belakang anda untuk support (sebagai anchor atau gunakan winch dari belakang)
  • Sekiranya menuruni bukit ketika hujan dan terlalu licin, gunakan pokok yang berdaun yang di ikat di belakang kenderaan sebagai beban untuk mengurangkan kelajuan menurun.
  • Kalau ada longkang rut laluan tayar, masukan tayar kenderaan kedalam rut, ini kerana rut tadi akan lock tayar kenderaan kita hingga ke kaki bukit. Teknik ini sesuai untuk jalan licin dan tinggi serta berhampiran dengan gaung

HIDUPKAN ENJIN MATI DI TENGAH PENDAKIAN

Panduan Enjin Gear Manual:

  • Biarkan kenderaan mati dalam keadaan ada gear (Jangan freekan gear) dan jangan tekan klac
  • Tekan pedal brek dan tarik hand brake. 
  • Jangan pam pedal brek kerana enjin mati, brek kenderaan mungkin hilang kuasa.
  • Masukkan gear undur seberapa segera tanpa menekan klac (Boleh dilakukan sekiranya gear tidak tersangkut, boleh menekan klac sekiranya berlaku keadaan gear tersangkut). Sekiranya sukar, masukan gear 2 atau 3 dahulu dan kemudian tukar ke gear undur.
  • Jauhkan kaki dari klac.
  • Lepaskan break tangan
  • Lepaskan brek kaki dan pada yang sama putarkan kunci untuk hidupkan enjin (Crank start)
  • Dengan menggunakan engine braking kenderaan akan bergerak perlahan undur ke belakang.
  • Jauhkan kaki dari pedal klac dan minyak ketika kenderaan bergerak.

Teknik ini adalah berdasarkan pengalaman namun boleh ditambah baik berdasarkan situasi dan kondisi jalan pada keadaan sebenar.

DRIVE SAFELY !

Menuruni bukit berlongkang
Close Menu