Siapa Kami

Blackwind Adventure Team atau B.A.T adalah sebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Pendaftaran Syarikat.

Dengan berkongsi minat yang sama B.A.T telah ditubuhkan pada tahun 2004, walaupun pada asalnya hanya 6 daripada kami namun dengan bertambahnya peminat sukan lasak 4×4 di Malaysia maka bertambahlah anggota B.A.T.

Segalanya bermula apabila kami mula membeli aset sebagai tempat “Retreat” di Kuala Kangsar, Perak. Tempat itu agak jauh kedalam hutan dan kenderaan yang sesuai digunakan ialah 4×4, maka bermula dari situ kami menceburi sukan lasak 4×4. Bermula dari tidak mempunyai pengalaman mengenai kenderaan ini sehinggalah kami menjadi krew Media untuk program Rain Forest Challenge (RFC) di Malaysia.

Bermula dari situlah kami mula mengorak langkah sehingga kami berjaya memenangi tempat pertama di “4×4 Baling Challenge” pada tahun 2008 seterusnya memenangi FREE TICKET sebagai Competitor di Rain Forest Challenge, 2009. Walaupun tidak dapat mengikuti “event” ini sehingga kepenghujungnya disebabkan beberapa masalah, ianya tidak menjadi halangan kepada kami untuk terus meminati sukan ini.

Melalui syarikat yang telah ditubuhkan ini kami mula mencari peluang berkongsi pengalaman yang tidak seberapa melalui beberapa siri Latihan 4×4 dengan badan-badan kerajaan, syarikat swasta bahkan juga dengan individu yang berminat. Sekurang-kurangnya dapatlah sedikit duit belanja untuk kenderaan kami. Namun melihat peluang untuk minat ini di kembangkan menjadi satu perniagaan maka kami telah menganjurkan beberapa siri “Training” termasuklah latihan”Team Building”, Retreat event, Overland Package dan Holiday Event package.

Harapan kami ialah semoga minat ini dapat membawa kami ke satu kejayaan bukan sahaja dari segi pengalaman bahkan juga dari segi ekonominya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *