Mengharungi dan merentasi sungai

plkp-river crossing

Sekiranya rakan-rakan pertama kali memandu di laluan off-road, ada ketikanya laluan yang dilalui akan merentasi sungai untuk sampai ke destinasi yang di tuju.

Kepada yang biasa, syabas! diucapkan tetapi kepada yang masih baru dalam aktiviti ini, kami kongsikan beberapa tip. Tip ini adalah langkah untuk memastikan anda dan kenderaan anda selamat, namun tip ini mungkin berbeza berdasarkan pengalaman dan situasi.

Antara tips yang perlu di ambil perhatian :

  • Jangan menyeberangi sendirian.
  • Periksa kedalaman air. Jika perlu guna laluan lain.
  • Tentukan kelajuan arus air, permukaan dasar sungai dan segala kemungkinan halangan.
  • Turunkan tingkap kenderaan dan tidak memasang tali pinggang keselamatan.
  • Pastikan laluan keluar dari sungai terlebih dahulu.
  • Gunakan mod 4L dengan gear 1 atau 2 pada 1500 hingga 2000 rpm.
  • Jangan tukar gear di dalam air dan jangan main klac
  • Sekiranya laluan berpasir, tambah kelajuan agar tidak terbenam.
  • Sekiranya enjin mati ketika memandu dalam sungai yang dalam. Jangan hidupkan enjin.
  • Pastikan anchor point untuk winch sekiranya tersangkut.
  •  Selepas keluar dari air, kelajuan perlu dikawal dan gunakan kaedah tapping motion pada brek agar brek kembali kering.
  • Jika perlu pasang penanda.
Semoga tip ini dapat membantu kawan-kawan semua.
Happy Safe Driving! 
 
 

Leave a Reply

Close Menu