Off-road Trips

offroad
restas sg

Merasai sendiri memasuki ke dalam hutan belantara dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dapat membangkitkan anderalin anda. Jauh dari kesibukan kota dengan kehidupan yang serba hiruk pikuk, membawa kita ke alam yang cukup berbeza. Ditemani unggas dan rimba yang serba kehijauan memberi kita ketenangan jiwa.

Persiapan perlu dilakukan sebaik mungkin termasuklah :

  1. Persiapan diri dari segi makanan,air, ubat-ubatan dan keperluan diri
  2. Persiapan kenderaan (melakukan maintenance) termasuklah menyiapkan alat tukar ganti, segala jenis minyak seperti minyak enjin, brek, power stereng, minyak gear dan minyak tambahan kenderaan
  3. Persiapan alatan perkhemahan untuk individu ataupun kumpulan
  4. Peralatan recovery seperti strap, shackle, snatch block, chainsaw, rantai, ground anchor, air compressor dan apa saja peralatan yang sesuai
  5. Merangka perjalanan menuju ke destinasi termasuklah mendapatkan sebanyak mungkin info tempat yang nak dituju, cuaca dan hospital terdekat.
  6. Alatan komunikasi seperti radio dua hala dan kalau boleh telefon satelit
  7. Tinggalkan pesan

Expect the Unexpected! Ambil langkah awal dalam memastikan keselamatan anda.

Namun begitu, untuk sampai ke destinasi yang dituju adalah satu cabaran yang tidak terucap memerlukan kecekalan, kesabaran fizikal dan mental dalam mengharungi segala rintangan.

Keletihan dalam mengharungi segala rintangan terubat dengan kepuasan apabila sampai ke tempat yang dituju dengan selamat.

 

 

Close Menu