header
Home Khidmat Kami Team Blog Galeri Gambar Galeri Video Siapa Kami Hubungi Kami

Logo
Baling Challenge
News

SIAPA KAMI

BLACKWIND
ADVENTURE TEAM atau ringkasnya (B.A.T)  telah mula didaftarkan sebagai sebuah syarikat pada tahun 2009 setelah menimba pelbagai pengalaman dalam bidang ‘Outdoor and Adventure’.

BLACKWIND ADVENTURE TEAM (B.A.T) juga berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MINISTRY OF FINANCE) dan telah terlibat menganjurkan siri-siri latihan untuk kakitangan kerajaan.

B.A.T adalah sebuah syarikat 100 peratus milik BUMIPUTERA dan sedang giat  mengorak langkah menganjurkan pelbagai program dan aktiviti samada berbentuk kursus atau ‘Training’ seperti ‘Team Building’, atau pun ‘Training’ yang bersifat ‘Outdoor Adventure’, ‘Survival & Safety’ dan  ‘Overland Tour Package’ di samping menganjur persembahan, pameran dan sebagainya untuk agensi kerajaan, peringkat koperat, kelab, universiti dan sekolah.

B.A.T telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dengan menganjurkan beberapa siri Ekspedisi 4x4 Overland bermula pada tahun 2009 sehingga pada tahun 2011 menerusi Program Ekspedisi JEJAK WARISAN JAWI (JWJ). Program JWJ yang menggunakan kenderaan pancuan 4 roda ini telah menjelajah ke 7 buah negara bermula dari Malaysia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, China dan Myanmar yang membawa misi mempromosi persembahan kebudayaan Melayu Malaysia di samping menjejaki susur galur sejarah ketamadunan Melayu. Ekspedisi JWJ juga membawa misi bantuan kemanusiaan ke tempat-tempat yang di lawati dan kejayaan ekspedisi ini telah di rakamkan dan mendapat liputan meluas menerusi liputan berita RTM dan pelbagai media cetak.

Kejayaan Ejspedisi JWJ ini telah mendapat pengiktirafan oleh pihak kerajaan melalui KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN,
MALAYSIA.

Hari ini, B.A.T ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran dengan pelbagai pihak menerusi program-program, kursus-kursus dan modul yang telah disusun dalam membantu membina masyarakat Malaysia yang berjiwa berani maju kehadapan untuk mencapai KEJAYAAN tanpa sebarang alasan.

“Maju Kehadapan Tanpa Alasan”


Logocopyright2011 Blackwind Adventure Team. All Right Reserved | www.blackwind4x4.com